Rabu, 29 Jun 2011

Menghayati Isra' Mikraj

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Al-Isra': 1)

Ahad, 26 Jun 2011

Imej bandar ganjil di kaki langit

25 Rejab 1432H


SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini.
HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.
Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.
Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi

Isnin, 20 Jun 2011

Alhamdulillah

Bersyukur kehadrat ilahi keran mengizinku untuk menyiapkan BLOG ini pada malam ini. Sesungguhnya banyak yang dapat dipelajari dalam menyiapkan blog ini.
Mengapa TINTA CANTIK?
CANTIK-itu dipilih kerana,namaku adalah Jamelah bermaksud cantik,walaupun aku tidaklah secantik mana,tetapi aku yakin ini adalah ketentuan Allah buat diriku,namun aku tetap bersyukur kerana diberikan Allah kesihatan yang baik serta emak&abah yang sentiasa mengingatkan aku tentang perkara yang disuruh Allah. Nama ni berikan oleh abah sewaktu aku dilahirkan.
TINTA-Tinta itu membawa maksud tulisan. Idea ini sudah lama aku fikirkan. Dibangku sekolah dulu pernah terfikir untuk mengeluarka Novel mengenai diriku atau lebih dikenali dengan Tulisan Jamelah, kemudian Tinta Cantik. Angan-angan itu hanya dibangku sekolah kerana aku tidak suka menulis panjang lebar.